Wednesday, August 27, 2008

Sekalung Tahniah Buat Revolusioner Negara!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Penyepian ana untuk seketika selama ini bukan bermakna ana tak cakna dengan keadaan semasa. Alhamdulillah, masih lagi Allah beri kesempatan waktu untuk kita bersama.

Pertamanya sekalung tahniah ana ucapkan buat Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) atas kenenangan beliau bukan sekadar menjadikan kepercayaan rakyat Permatang Pauh (P44) sebagai taruhan, tapi pengharapan seluruh rakyat Malaysia.

Senario ini sebenarnya memberi sinar dan harapan baru yang berganda buat Pakatan Rakyat untuk bangkit dan terus melestarikan hasrat dan harapan rakyat yang inginkan melihat 'Malaysia Baru' tanggal 16 September ini.

Kemuncak kepada kemenangan ini sebenarnya membuktikan rakyat tidak lagi yakin kepada kepimpinan UMNO -BN yang kini menerajui tampok kempimpinan negara dalam keadaan berbaur korupsi dan berlatarbelakangkan finah dan rahsuah.

Luahan dari DSAI ini bakal menjadi tagihan janji dari rakyat yang meletakkan sepenuh kepercayaan dan harapan padanya untuk mencapai apa yang diperjuangkan selama ini.Kata-kata ini dipetik dari blog DSAI-http://anwaribrahimblog.com/:-


Tatkala menyorot kenangan dan nostalgia berjuang memartabatkan harakat bangsa, saya sering mengingatkan diri dan teman-teman akan firman Allah swt dalam Surah Hud, ayat ke-88 yang bermaksud:

"…Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali."

Insha-Allah, mudah-mudahan saya mampu memikul amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan bukan semata-mata ke atas saya, tetapi juga kepada Pakatan Rakyat ke arah merealisasikan harapan baru buat Malaysia.

-ANWAR IBRAHIM-


Pemimpin yang berjiwa rakyat lagi berkarismatik ini diharapkan bakal menggegarkan parlimen mengetengahkan isu rakyat dan membawa gelombang perubahan politik negara ke suatu era yang menjulang kembali keagungan Islam sekalipun negara Malaysia ini menaungi kelompok masyarakat majmuk yang paling unik di dunia.

Semoga tarikh 26 Ogos 2008 yang penuh bersejarah ini menyajikan perubahan yang bermanfaat ke atas landskap politik Malaysia.