Thursday, June 26, 2008

Oh...Wahai Gincu Bibir dan Kasut Tinggi

Assalamulaikum WBT

Salam ceria untuk semua pembaca yang setia...

Dua tiga hari lepas kita dikejutkan dengan satu isu yang dipandang remeh oleh sesetengah pihak tapi sebenarnya ia melibatkan soal akidah serta keyakinan kita pada Sang Pencipta Alam Semesta..

Oleh itu ana juga rasa terpanggil untuk sama2 berbicara memberi pandangan yang tak seberapa nih...Isu kasut tinggi dan gincu bibir.

Bagi mereka yang zahir dan batinnya telah dibaluti erat dengan didikan sekular, perkara ini akan menjadikan mereka hanya sekadar bahan ketawa dan mengisi masa lapang untuk berbicara mengenainya. Tapi bagi mereka yang imannya subur tersemai dengan cahaya rabbani isu ini membuatkan iman mereka meronta2, diri mereka tak senang duduk mendengarkan suara nakal mengetengahkan isu ini.

Orang sekarang mungkin ramai yang mengatakan,"Apalah kerajaan kelantan nih..tak up-to-date laa..kita kan dah moden, bagi la wanita ruang untuk dapat kebebasan skit"....

Kata-kata dari mulut celupar ini bertepatan dengan sabda baginda Nabi Muhammad :

“Sesungguhnya ISLAM itu dahulu datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali semula dalam keadaan yang dilihat asing”

(Riwayat Muslim)

Sememangnya zaman mula2 Islam diperkenalkan Nabi di zaman jahiliyyah dahulu, mereka merasakan janggal dan pelik dengan cara hidup yang dibawa oleh pesuruh Allah ini.Ramai yang menentang hatta kaum kerabat nabi sendiri menentangnnya.Kerana ISLAM itu begitu asing bagi mereka..

Dan bertepatan dengan hadis Nabi tadi, sebagai satu peringatan kepada kita umat akhir zaman, bahawa ISLAM akan kembali asing dan hukum hakam yang digazetkan Allah dalam Al Quran di anggap tidak lagi relevan. Seperti yang berlaku di zaman Nabi, ISLAM bukan dipandang pelik dan asing oleh penganut agama lain, malah ianya dipandang jijjk oleh penganutnya sendiri iaitu orang yang menggelarkan diri mereka ISLAM, sebab dalam kad pengenalan ade title ISLAM. Hina dan hina.Sememangnya kita berada di hujung zaman.

Pada hemat ana, selama ana menuntuk ilmu berkaitan agama, mereka-mereka yang mempersendakan hukum Allah ini telah jatuh dalam syirik kecil yang mana ianya adalah dosa yang tidak akan diampunkan Allah.

Mulut-mulut biadap ini telah mempersendakan tindakan kerajaan Kelantan yang berada dibawah kepimpinan ulama yang merupakan pewaris Nabi menetapkan kod pemakaian yang longgar,labuh serta tudung yang menutup aurat,seperti yang telah disyariatkan oleh ISLAM.Tindakan mereka ini bukan sahaja mempamerkan kebodohan mereka terhadap agama malah meletakkan mereka sebaris dengan golongan kuffar dan penganut agama lain.Bukan itu sahaja, ianya jelas membuktikan sistem pendidikan negara kita belum lagi benar2 mendidik manusia mengenal pencipta Yang Maha Esa disamping menerapkan kemahiran duniawi.

Ana begitu kagum dengan kerajaan Kelantan yang berani untuk menggariskan satu kod pemakaian yang bertepatan dengan panduan Al Quran.Ini membuktikan kuasa yang dimiliki oleh kerajaan Kelantan bukan semata2 bertujuan untuk meraih simpati politik, malah kuasa mentadbir yang dimiliki benar-benar digunakan untuk mendaulatkan syiar ISLAM dibumi Kelantan.Andai benar2 isu ini semata2 untuk meraih kepentingan politik, logik akalnya kita akan menyatakan tidak.Kerana ia pastinya akan ditentang dan sememangnya jelas tiada fungsi dalam meriah simpati.Benarlah kata pejuang2 ISLAM dan sememangnya sudah menjadi sunnah dalam menyebarkan ISLAM, jalan dakwah ini tidak akan sepi dari ranjau dan onak duri, ditentang dan terus akan ditentang.Dan itulah sebenarnya kemanisan dalam berjuang dan berdakwah.

Dari satu sudut pemikiran secara zahirnya, bukankan kerajaan Kelantan mengambil tindakan ini untuk kebaikan bersama.Bukan setakat untuk umat ISLAM tapi untuk kesejahteraan semua umat manusia tidak kira apa jua agama.

Kasut tumit tinggi.

Dalam Islam sememangnya melarang wanita mengenakan kasut sebegini bertujuan untuk mengelakkan dari keluarnya bunyi yang akan menarik perhatian kaum Adam. Tapi mari kita lihat dari segi zahirnya,fizik sains dan kesihatan.Jelas kasut bertumit tinggi akan mempunyai ruang tapak yang kecil dibahagian belakang kasut tersebut. Dalam kajian fizik tekanan adalah bersamaan dengan daya yang dikenakan (berat badan) dibahagikan dengan luas permukaan. Luas permukaan yang kecil bagi kasut bertumit tinggi ini akan menyebabkan tekanan yang besar dikenakan keatas permukaan lantai.Dan mengikut Hukum Gerakan Newton ketiga, setiap tindakan akan ada tindakbalas.Oleh itu tekanan yang dikenakan pada permukaan lantai tindakbalasnya akan diterima oleh tumit kita.Dan tindakan tekanan yang besar ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan kita apabila kajian menunjukkan beban tekanan ini akan ditanggung oleh tulang belakang disebabkan postur kaki tang tidak betul kedudukannya kerana terpaksa menyesuaikan dengan bentuk kasut yang bertumit tinggi tadi.

Jelas kerajaan Kelantan memikirkan soal kebajikan kesihatan wanita2 Kelantan.So, still tak nak bersyukur dan ucapkan terima kasih???


Gincu Bibir

Dalam ISLAM, wanita dan kaum hawa atau sinonimnya muslimat dilarang untuk memperhiaskan diri (tabarruj) bagi tontonan kaum lelaki.Berhias hanya untuk suami. Hikmahnya banyak.Untuk mengelakkan nafsu syahwat lelaki ini berada diluar kawalan.Bagi yang berkejaya cukup untuk diri berada dalam keadaan kemas serta menutup aurat.Dan gincu bibir juga merupakan salah satu komponen perhiasan diri yang ditegah agama. So dalam konteks ini ana cukup setuju dengan tindakan kerajaan Kelantan dalam usaha untuk mengelakkan gejala sosial seperti kes rogol berleluasa.

Mari kita kaji dari segi logik akal dan sains nya. Jelas lagi bersuluh gincu bibir bukannya produk yang dihasilkan dari sumber herba dan tumbuhan semata.Malah hampir sebahagian besar kandungan bahan untuk menghasilkan gincu bibir ini terdiri dari bahan kimia yang memberi kesan sampingan pada penggunanya dan semestinya pengguna tersebut adalah wanita. Kesan sampingan jangka masa panjang ini memberi impak yang besar kepada kesihatan justeru ianya akan menyebabkan prestasi pekerja menurun dan kadar produktiviti syarikat kurang memuaskan.

Sehingga ke situ sekali kerajaan Kelantan yang baik hati ini memikirkan soal kebajikan rakyatnya demi untuk sama sama merasai nikmat kehidupan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Kesimpulan

Oleh itu tohmahan yang tak berasas ini bahkan dirasakan sebagai suatu tindakan bodoh dalam mengkritik kerajaan Kelantan dan meminta untuk menarik balik nasihat yang diberikan oleh kerajaan Kelantan kepada kaum ibu ini seharusnya dipandang sinis dan tidak harus diberi muka.Tugas kerajaan Kelantan mentadbir negerinya melaksanakan amar makruf nahi munkar merupakan tugas yang amat mulia. Justeru, semua pihak yang faham akan kepentigan beragama diharapkan dapat memberi sokongan dalam apa jua bentuk untuk memartabatkan kembali keagungan ISLAM.Akhir kalam dari ana sama samalah kita tegakkan syiar ISLAM kembali.

Bersama Membangun Ummah

Membangun Bersama Islam

Takbir!!!

Mohd Amin Bin Mohd Hamami