Friday, June 13, 2008

Minda ana diuji untuk membentuk jiwa





Peristiwa petang semalam amat2 memberi kesan yang mendalam untuk ana berfikir dan terus berfikir. Mungkin selama ini ana tak berapa nak nampak ape sebenarnya yang Allah sajikan di depan mata ana untuk dijadikan pedoman.Dan akhirnya peristiwa semalam merakamkam seribu satu tanda tanya buat diri ana tentang sikap dan perwatakkan ana selama ini yang mana ana merasakan diri ini dan banyak kebaikan yang ana selalu buat..tapi hakikatnya belum lagi

Rakaman peristiwa yang bakal ana kongsikan bersama sahabat2 nih mudah2an ianya menjadi pedoman buat diri ana dan sahabat untuk menjadi insan yang lebih mengenal diri sendiri dan juga hati budi orang lain...

Tepat jam 4.39 ptg semalam, kedengaran sayup berkumandang gemersik suara si bilal melaungkan azan di radio IKIM yang penuh dengan kalimah2 agung memuji kebesaranNya memecah kesunyian kesibukan bekerja di pejabat agung PAS jalan raja laut. Dalam suasana yang begitu syahdu penuh rasa pengabdian diri padaNya hati ana terpanggil dengan begitu keras sekali untuk membuka langkah yang kian lemah di mamah tugasan seharian di ofis untuk turun ke surau menghadap yang Maha Agung.

Setibanya ana di perkarangan surau ana melihatkan belum ada wakil muslimin yang turun untuk azan di surau berkenaan. Tanpa melengahkan masa lagi yang sediakala telah terbuang dan dibazir dengan tuagsan dunia ana terus ke bilik bilal di sudut kanan hadapan surau berkenaan untuk menghidupkan microfon. Alhamdulillah microfon berjaya berfungsi sbg fungsinya membesarkan amplitud audio yang melaluinya untuk menarik perhatian umum. Tanpa sela waktu yang agak panjang ana terus menggapai microfon mikro yang bersepah di atas carpet surau itu untuk melaungkan kalimah suci, menyatakan kepada insan2 yang seangkatan dengan ana bertugas di situ bahawa seruan Allah untuk kita mengabdikan diri kepadaNya telah tiba. Panggilan Allah ini bukanlah suatu yang berat untuk dilaksanakan, malah bersegera ke arahnya membuktikan rasa syukur kita pada nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita itu terselit dalam sanubari kita. Inilah yang sebenarnya akan menjanjikan pelindungan dari Allah dan para malaikatnya ke atas kita dan terpeliharalah iman serta hidayah yang Allah kurniakan buat mereka2 yang bersegera menunaikan perintah solat ini.


p/s: to be continue....nak gi demo kat kg baru dulu..minyak oh minyak...


ok..let's go back to da story that i want to share...


Kalimah suci tu ana lafazkan satu persatu dengan suara serak2 basah nih, maklumla selesema dan demam2 skit. Sekali lagi gema gelombang bunyi indah ini memecah kesunyian ruang surau yang masih lagi tidak berpenghuni itu. Allahu Akbar..Allahu akbar....sehinggalah Lailahaillallah..
Serentak dengan lafaz kalimah suci itu terpancul dari mulut ana, maka secara tindakbalas normal yang berlaku terus tangan ana di angkat, menadah untuk menyatakan rasa kasih pada Allah dan Baginda nabi yang tinggi kedudukan di sisiNya, sekalipun ana merasakan ianya perkara lazim yang ana lakukan setelah selesai azan berkumandang, namun ana doakan agar ianya bukanlah sekadar adat untuk memenuhi kesenangan hati manusia lain bila melihat selesainya azan, bahkan mudah2an ianya menjadi ibadat buat diri ana dan juga insan2 lain yang menadah tangan setiap kali selepas gema azan jauh meninggalkan kita...Ana teruskan doa sehingga habis.

Di saat ketika ana sedang melaungkan kalimah tauhid itu tadi, ana terasa bagaikan ada anak2 kecil yang sedang berlegar2 di belakang ana. Cumanya, ana merasakan ianya hanyalah dugaan dari Allah untuk menguji keikhlasan serta kekusyukkan ana dalam melaksanakan ibadah azan yang mulia itu.Ana tepis ketepi mainan durjana syaitan ini.Alhamdulillah ianya berjaya..Cuma ingin sangat untuk ana menatap wajah anak2 kecil tadi, terus ana memalingkan muka kebelakang. Dan alangkah terkejutnya ana sebagai yang berpangkat abang atau orang yang lebih tua berbanding adik2 kecil tu..bilamana suatu kalimah yang amat2 tidak ana jangkakan terbit dari mulut seorang kanak2 yang umurnya sekali imbas ana rasakan dalam 8 tahun. Kanak2 kecil yang berwatakkan seorang periang dan suka untuk beramah mesra ini ( ana rase laa..) bersekali hadir ke surau itu dengan abang kembarnya.Iras muka mereka amat sukar untuk ana bezakan yang mana abang dan yang mana pengikutnya.

Apa yang memeranjatkan ana kata2 yang cukup membuatkan ana berfikir panjang ini lahir dari insan yang begitu kecil..

" Abang, saya sukalah dengar abang azan...sedap ", pintas anak kecil itu.
Ucapannya membuatkan ana terkedu seketika sehinggakan terpaksa ana membatalkan niat untuk berta'aruf dengan anak kecil ini.Apa yang dapat ana lakukan pada ketika itu hanyalah membalas kata2 luahan hati budak tadi dengan melemparkan senyuman sinis yang masih ragu2 dan tertanya2..Sempat juga untuk ana membalas kembali pujian yang adik tadi pada diri ana yang begitu hina ini..

" Tak de la..biase je..suara sakit tekak....", senyum adik kecil itu mendengarnya.

Mungkin dia rasa puas dengan pujian yang disapa sekalipun tak membawa makna yang berharga.Sejujurnya ana katakan di sini, tiada bezanya suara ana ketika ana melaungkan azan ketika itu dengan yang sebelum2 nih..bagi ana ana lakukannya dengan penuh rasa tertib agar ianya menyentuh jiwa2 mukmin yang berada di bangunan itu untuk segera mengerjakan fardu solat asar. Dan apa yang lebih jujurnya ana nak kongsikan di sini ialah azan yang ana laungkan pada petang itu adalah tak sesedap manapun..dengan suara yang penuh keletihan dan agak longlai, serta serak2 basah akibat selesema yang baru nak bermula, dan kondisi perut yang agak kurang memuaskan ketika itu, menyebabkan minda ana terpanggil untuk menghurai makna yang tersirat di sebalik luahan hati insan kecil tadi.ana kira mungkin ade hikmah untuk ana fikirkan kata2 ini sekali pun ianya bersifat mikro dan tak beri ape2 makna pada insan lain pada pandangan ana.

Pertamanya, ana melihat ucapan anak kecil itu tadi dari sudut yang lebih halus,mendalam. Yang mungkin akan mengubah personaliti dan falsafah hidup ana kemudian hari..Ringkas tapi berbudi. Kata2nya tadi mungkin terbit dari hati sanubarinya yang benar2 ikhlas untuk menyatakan sedemikian, dan ana berpandangan ianya hidayah Allah yang dicampakkan dalam hati anak kecil tadi untuk berasa kagum dengan kalimah- kalimah tauhid yang memuji keesaan Allah dan kebesaranNya..dan mungkin istilah "sedap" tadi dituju khas kepada makna kalimah2 agung tersebut, yang Allah selitkan dalam hati mereka2 ini untuk disampaikan pada manusia2 yang kian alpa seperti ana.Dan mungkin kata kata itu tadi dituju khas untuk memuji Agungnya Ilahi mencipta manusia dan disediakan manual khas yakni Al Quran untuk dijadikan pedoman, melaksanakan syariatnya...

Yang keduanya, yang ana nak kongsikan dengan sahabat2 di sini ialah kata2 anak itu tadi sebenarnya memimpin kita untuk berbicara soal akhlak, soal keperibadian menjadi seorang muslim, pembawa agama Allah.Mungkin luahan itu telah menjadi satu kelaziman buat anak kecil ini kerana didikan ibu dan ayah mereka di rumah yang benar2 faham dan laksanakan syariat Allah, maka mulut anak2 ini lidahnya lembut untuk memuji manusia sekalipun didikan itu belum sampai ke tahap pujian hanya untuk Allah. Tetapi sekurang-kurangnya didikan akhlak sebegini yang diberikan oleh ibu bapa bakal membina generasi yang akan memilih Al Quran sebagai modul panduan hidup serta tingkah laku nabi ajarkan yang sopan itu dijadikan perhiasan diri mereka.Ini yang dikatakan latihan..Tarbiyyah. Membentuk individu muslim sejati.

Dan mungkin ape sebenarnya yang ana nak kongsikan di sini hasil konklusi diskusi ana bersama iman dan nafsu ialah, sejauh mana kita mendidik diri kita seperti anak kecil tadi untuk kita ringankan mulut kurniaan Ilahi ini untuk menghiburkan hati sahabat2 kita dalam sehari-harian.
Berapa banyak kali dah kita membuatkan sahabat kita berasa sengang hati dengan kata2 yang kita lemparkan padanya. Sedang di sana terdapat seribu satu hikmah kita melazimi perkara ini..Ana sedar ana gagal dalam perkara ini sebelum ini.Berat sungguh mulut ana untuk memuji sahabat2 ana yang bertungkus lumus membuat gerak kerja ISLAM yang suci..Ana dah gagal, tapi bukan beerti selamanya..dan ana akan cuba untuk berubah..Sekalipun seperti dalam situasi ana tadi anak kecil tadi hanya nak meghiburkan hati ana walaupun pada dasranya suara ana tu tak le sesedap mana pun...


Baru ana sedar perkara ini. dan ana berkongsi di sini untuk membaiki nilai pada diri ana dan sahabat sekalian agar kita jgn asyik memikirkan tentang pujian oran kepada kita, tapi fikirkanlah dah berapa banyak kali kita senangkan hati rakan baik kita dengan kalimah2 yang mententeramkan jiwa dalam uasaha kita untuk menjalin ukhuwwah yang mantap untuk melaksanakan kerja2 Allah.
InsyaAllah..Mudah2an tulisan ana ni dapat meredakan minda ana daripada dibeban hanya dengan kalimah yang diucapkan oleh sang anag kecil..Sama2 kita renungkan