Sunday, April 13, 2008

PESANAN BUAT MUJAHIDAH SOLEHAH…..



PESANAN BUAT MUJAHIDAH SOLEHA…..

mujahidah,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gerang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya engkau wahai mujahidah…

mujahidah,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasih kudusmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Manampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta

mujahidah,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu dapur di rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hulur pada insan bergelar ayah dan suami
Baktimu kau hulur mengaburi cita-citamu
Kudus hatimu wahai mujahidah

Tidak mujahidah,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
Untuk keluarga dan suami
Bukan hanya menjadi lembayung
Mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlu membentuk watan berhati insan
Janagn biarkan bangsamu terus melentok lesu
Ayuhlah mujahidah persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang

Namun mujahidah,
Mampukah kudratmu menongkah arus
Menabur bakti di luar kepompong duniamu
Kau insan berhati salju
Mudah cair dibahang kemelut
Akalmu senipis sutera
Mudah dicarik segala dusta
Berjayakah engkau mujahidah …


mujahidah,
Mengapa kau sangsi dengan upaya diri
Pastinya tiada istilah srikandi dan sayap kiri

jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Buahkan rahim lembutmu yang
Mengandungkan lelaki teja
Bukankah tangan lembutmu yang
Mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah mujahidah ….
Kau mampu berganding menjadi
Benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal penciptamu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa

Ya mujahidah soleha,

Lengkaplah dirimu dengan ilmu dan nilai-nilai budi
Binalah benteng diri sebelum engkau melangkah
Kau punya kekuatan menggoncang dunia
Kerana selayaknya kau bukan hanya di
Dapur tetapi di medan tempur
Bangunlah mujahidah kau merupakan

sayap kiri dalam perjuangan agamamu….
Untuk anak dan cucu cicitmu
Agar generasi muka punya jati diri yang gemilang
Bukan pak kadok yang bersorak
Bangga tapi kampung tergadai

BUDAYAKANLAH AL-QURAN!


Quran


BUDAYAKANLAH AL-QURAN!

Sungguh aneh ya.Jika seorang pelajar gagal di dalam pelajaran,contohnya
mendapat markah 7/20 di dalam ujian atau peperiksaan,sudah dianggap
teruk dan berada di tahap ‘kritikal’.Ataupun apabila seorang pekerja
tidak dapat menyiapkan kerja yang ditugaskan kepadanya dengan sempurna
seperti yang diarahkan..Automatik kita akan menjadi tertekan dan stress
kerana tidak mencapai target yg dijangkakan.

Tetapi lagi pelik apabila kita yg mengaku sebagai umat islam yang sudah
semestinya wajib beriman dengan rukun iman dan rukun islam tidak tahu
membaca Al-Quran..!

Saya sempat menghadiri kelas bahasa pada minggu lepas.Kelas yg bermula
seawal 9 pagi itu sepatutnya menyeronokkan ditambah pula dengan suasana
pagi yg memungkinkan kita lebih focus & bersemangat kerana pada
waktu itu otak kita berada di dalam keadaan yg aktif.(Pastikan anda
mengambil sarapan pagi!Sy masih teringat pesanan seorang Ustazah di sek
dahulu pada satu perhimpunan pagi.”Don’t forget to take ur
breakfast first before u go to classes..Kalau tidak,otak akan jadi
lembap.”Sehingga kini,Perkataan ‘lembap’itulah yang sentiasa menghantui
diri sy dan saya akan pastikan mengambil sarapan walaupun hanya
sekeping biskut atau setengah cawan air panas..Kesan lain tidak
bersarapan-paras gula dalam darah akan menjadi rendah dan mengakibatkan
kekurangan bekalan nutrisi&menjadikan badan kurang aktif.)

Panjang pula bab sarapan ini,..tp boleh menjadi perkongsian buat sahabat2 semua terutamanya yg tidak suka sarapan…

Berbalik pada kisah yang sy hendak kongsikan tadi,pensyarah muda yang kami
panggilnya Ustaz itu memulakan kelas pada pagi itu dengan memanggil
nama beberapa orang pelajar termasuk saya..Tugasnya,menulis semula
perkataan yang diambil dari surah al-fatihah utk ditulis di papan putih
dan disemak olehnya…

‘Oh,tidaklah terlalu sukar’fikir saya.

Kelas bahasa yang majoritinya berimej kan
ustaz dan ustazah itu menjadi hingar seketika.Baru beberapa orang
pelajar sahaja yg telah ke depan menulis perkataan yg diarahkan…Saya
masih ingat lagi,saya dikehendaki menulis ejaan “Rabbul’alamin”.

Saya perhatikan semua pelajar sibuk bertanya itu ini pada rakan terdekat
masing-masing.Minta disemak ejaan.Kelihatan gelisah..Seorang rakan
bertanya saya,

“Macam mana nak eja sekian..sekian”

Saya tulis perkataan itu di bukunya dan menjawab.

“Macam ni,..seperti yg kita selalu baca dalam al fatihah dan Al-Quran tu..”

Jawabnya…”Saya tak tahu,saya Cuma tahu ‘gitu-gitu’aje”

Apa yang dimaksudkannya dengan ‘gitu-gitu’?Nampaknya saya sudah maklum
dengan maksud ‘gitu-gitu’nya itu.Malah saya semakin jelas bukan dia
seorang sahaja yang menghadapi masalah tersebut malah majoriti pelajar
dalam kelas itu..Ini terbukti apabila ustaz mula menyemak tulisan yang
berbagai rupa di papan putih.Ada yang menyerong,ada yang cantik
menegak..hanya 3@4 sahaja ejaan yg betul berbanding beberapa belas
perkataan yang ditulis.

Alangkah walangnya hati saya

Rasa sedih dan kasihan bertingkah

Inikah realitinya rupa Saudara-saudara seislamku..

Hari ini boleh dibilang berapa ramai warga muslim yang mengenal huruf-huruf
Al-Quran.Surah Al-Fatihah?Look like such as a small matter…Tetapi surah
inilah yang wajib dibaca 17 kali sehari di dalam solat fardu,belum
termasuk lagi solat-solat sunat lain.Jika surah ini sudah tunggang
langgang,huruf,baris,tajwid dan sebutannya masih lagi ‘ingat-ingat
lupa’ apatah lagi surah lain.Tambah menyedihkan adalah kaum
muslimin.Mereka merupakan bakal menjadi seorang SUAMI kepada
isteri,AYAH kepada anak-anak,ABANG kpd adik2,IMAM solat dan paling
penting KETUA KELUARGA..Satu amanah yang cukup besar.

Apakah tindakan kita?

Janganlah kita bertindak zalim kepada diri kita sendiri.Apabila mengetahui
kekurangan,cubalah perbaiki sedikit demi sedikit.Bila hendak
mulakan?Mulakanlah dari sekarang!

Biar terlambat daripada langsung tak dapat.

‘Better late than never’

Tambahan pula kepada yang bergelar Dai’e,tingkatkanlah ilmu.biarlah dakwah kita
selari dengan apa yang kita perjuangkan.Bukan hanya manis di
bibir,tetapi kelat pahit dan berongga di dalamnya umpama buah jambu.

Keutamaan ilmu pengetahuan,

“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu,dan begitu
pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.”

(Al-Mujadalah:11)

“Maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan ,kiranya kamu tiada mengerti”

(An-Nahal:43)

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang muslim”

“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan,maka Allah akan melorongkan baginya jalan ke syurga”

Rakan saya tadi berbisik pada saya di akhir kelas,

“Awak kena ajar saya sungguh-sungguh tau.Banyak yang saya tak tahu..”

Penuh harapan..Alhamdulillah…Itulah yang dikatakan hidayah Allah..

“InsyaAllah,saya tolong yang termampu”jawab saya.

“Hendaklah meraka memberikan peringatan kepada kaumnya,apabila telah kembali kepada mereka nanti,moga-moga mereka berhati-hati”

(At-Taubah:122)

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik.”

(An-nahal:125)

Pagi ini benar-benar menyedarkan saya dari terlena.Saya sendiri masih banyak
yang perlu diperbaiki.Walau apapun saya amat-amat bersyukur kerana
selain ibubapa yang menekankan bacaan al-Quran sejak kecil,negeri
tempat saya membesar yang sering digelar “kubu kuat” ada menyediakan
sek agama(petang) dalam kurikulum pendidikannya.Sebelum belajar agama
di peringkat menengah,pelajar seusia 7 tahun sudah mula mempelajari
asas-asas fardhu ‘ain-bacaan al-Quran,menghafaz Al-Quran,tauhid,tajwid,ibadat,akhlak,sirah,bahasa
arab,muamalat,munakahat dan beberapa pelajaran lain lagi..

Syukran ya ustaz wa ustazah!

Al-Quran itu laksana cahaya yang menerangkan,dengannya manusia akan terselamat
daripada kemegahan diri,dan menjadi penawar bagi segala penyakit yang
bersarang di dalam hati.Berpegang teguhlah dengan Al-Quran,nescaya akan
terbimbing untuk mendapat petunjuk,dan sesiapa yang mengamalkan
kandungannya pasti akan berjaya dan bahagia..

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Seutama-utama ibadat umatku ialah membaca Al-Quran”

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula”

Allah Tuhan kami..

Rasulullah ikutan kami..

Al-Quran panduan kami..

Syahid di jalan Allah cita-cita kami…’


SERIKANDI_IMAN

MUJAHID SIHAT










Subhanallah....



Hari yang begitu meletihkan...Entah sebab ape pun tak dapat nak dipastikan...biase2 run program bertimbun-timbun tak pulak rase semacam nih...mungkin JEM dah kot certain enjin dalam 'neurotransmitter' nak post maklumat sebab lama dah lama sgt meeting...Kadang kita nak tak nak kne gak fikirkan kesihatan kita demi untuk memastikan gerak kerja ISLAM dapat terus dilaksanakan....Sebab tubuh merupakan elemen asas dan terpenting untuk kita menjayakan sesuatu misi yang dirancang...













Andaikata tubuh kita dah "down"...yang tinggal pada mase tu hanyalah kekuatan mental dan hati untuk teruskan agenda2 yang dirancangkan...


So,kepada sume sahabat2 yang tak kenal siang malam meeting untuk gerak kerja ISLAM...jgn lupa akan kesihatan kita..Ubat yang paling mujarab dan senaman yang paling berkesan ISLAM anjurkan untuk kita sihat adalah QIAMULLAIL...


Oleh yang demikian sama-samalah kita perbanyakkan bangun malam....Disamping merendah diri kpd pencipta kita, dapat la jugak kita sehatkan badan...


SELAMAT MENCUBA!!!

Good Morning!!

Pena Sang Perantau
April 13, 2008
Good Morning!!
Filed under: Suara Hati — jejakfirdausi @ 12:13 am

















Indahnya pagi di kala Sang Suria baru mula nak menjengok ragam bumi hari ni….

Pagi hari dimulakan dengan syahdu sekali..

Sujud dan rukuk menghadap Yang Maha Kuasa dalam barisan2 yang tersusun rapi…

Memperhambakan sekalian nikmat yang di kurniakan hanya kerananya….

Kerana datangnya nikmat ini semuanya dari Yang Maha Pencipta..

Mata..mata milik Dia,

Tangan..Tangan juga milik Dia,

Kaki..Hatta yang ini juga milik-Nya,

Tubuhku…Dia juga yang meminjamkannya…

Habis apa yang ana ada..Tiada apa melainkan hanya kasih dan sayang-Nya…

Ana insan yang lemah, hina dan dina..

Dicipta hanya untuk berserah pada-Nya…

Mengabdikan diri sepenuhnya pada Yang Maha Kuasa…

So tak de sebab kenapa perlu ana menjauhkan diri dari Nya..

Kerana ana yakin satu hari nanti pasti akan menghadapNya…

Ingatan untuk ana dan sahabat2!

April 12, 2008
Ingatan untuk ana dan sahabat2!
Filed under: nasihat — jejakfirdausi @ 4:44 pm
Tags: nasihat

Assalamualaikum w.b.t…















Buat semua sahabat2 sekalian..Ahlan wasahlan ana ucapkan kpd sape2 yang masuk ke blog @ site nih..Ana harap kita dpt jadikan medan nih utk eratkan ukhuwwah di antara kita..Sesungguhnya manusia dijadikan ke dunia ni laki2 dan perempuan untuk saling berkenalan antara satu sama lain…Dan mudah2an dengan perkenalan yang menjunjung batas syariat dan pergaulan yang digariskan oleh ISLAM melahirkan ummah yang sentiasa senang untuk beramal dan melakukan gerak kerja untuk ISLAM….

Salam ukhuwwah fillah! :D

Selamat Malam DUNIA!!

March 12, 2008
Selamat Malam DUNIA!!
Filed under: kisah diri, nasihat — jejakfirdausi @ 6:53 am
Tags: kisah diri















Assalamualaikum and a very good night to those who yang dah tidur n still berjaga saat sepi ini..Sunyi dan sepi tatkala jari jemari ana bermain riang di atas keyboard nih..Walhal kelopak mata dah dah seberat guni pasir yang ingin jatuh menghempap bumi…Never mind, juz nak isi kelapangan waktu sebelum badan merebahkan diri di atas permaidani indah …

So, sebelum nak tidur nih ade dua tiga pesanan buat diri ana n juga sahabat2 yang meneliti bait demi bait karangan ana nih..jus sepintas lalu ilmu yang nak ana kongsi..Mudah2an sama2 mendapat berkat dalam hidup…

Ok..simple and steady..juz a few tiny thing atau amalan2 yang simple tapi jarang2 kita buat…

1) Bace Al-Fatihah

2) Bace 3 Qul..

3) Then selawat skit..paling kurang 3 kali..

4) Agak2 dah mamai tu jgn lupa ayat kursi

5) Pastu zikir subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar…33x

5) Sikit lagi juz before terlelap…Maafkanlah semua orang yang penah melakukan kesalahan dalam hidup kita hari nih…

Ok laa…sedikit perkongsian dari ana..Harap2 same2 dapat kita istiqamah even dgn benda2 yang simple nih..Tak de la sampai nak suruh g angkat pedang sebelum tidur…hehe..

Kan Nabi amat suka umatnya yang beramal dengan amalan yang sedikit tapi konsisten dan berterusan..

Ok..Selamat Mencuba!!

p/s:: bagi tau juagak pada kawan2..adik beradik..atok nenek..n sape2 je laa..ek,k