Sunday, February 17, 2008

AMANAT DAN HARAPAN PRU-12 KEPADA GENERASI MUDA DAN GOLONGAN WANITA

Oleh Ust Nasharudin Mat Isa

Timb Presiden PAS



Muqadimah



• Proses evolusi perjuangan Islam

– Bermula dari batang tubuh Baginda saw, Islam telah
berkembang dan akhirnya mampu memerintah Negara dan sebahagian dunia
sehinggalah ke zaman kita pada hari ini

• Kemenangan Islam dari Allah swt terus menerus terbuka
dengan syarat :

– satu gerakan Islam yang tersusun

– dipimpin oleh para pemimpin yang ikhlas dan cekal

– jemaah yang taat dan komited yang masing-masing kedua-duanya
diikat dengan tali ketaqwaan yang kukuh

• Islam yang kita perjuangkan hanya mampu ditegakkan kiranya
kita PAS memenangi pilihan raya.

• PRU-12 sangat penting kerana ianya bakal mencorak dan
menentukan nasib dan masa depan Islam yang kita junjung dan
perjuangkan ini.

• BERKAT perjuangan para pemimpin dan aktivis parti sejak
tahun 50an dahulu, sambung-menyambung sehingga kini, PAS sudah
berdiri sebagai parti politik arus perdana yang sudah dikenali dan
malah diakui oleh kawan dan lawan bukan hanya diperingkat nasional
malah sehingga ke persada antarabangsa

• PAS kini memiliki kekuatan dan kemampuan untuk menjadi
parti pengganti kepada Umno dan Barisan Nasional

• menjelang Pilihanraya Umum ke 12 ini PAS semakin meluncur
ke hadapan apabila ia bukan hanya semakin diterima dan disenangi oleh
masyarakat Melayu Islam juga masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu

• PAS akan muncul sebagai wadah penyelamat ummah dan Negara



Suasana Politik diambang PRU-12



• kenaikan kos hidup yang sangat membebankan

• kenaikan harga minyak dan gas

• kemudiannya tol

• kenaikan harga barangan dan perkhidmatan

• kenaikan kos hidup yang sangat membebankan

• kenaikan harga minyak dan gas

• kemudiannya tol

• kenaikan harga barangan dan perkhidmatan

• Kenaikan kos hidup terkena kepada seluruh rakyat termasuk
kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain

• kajian-kajian menunjukkan yang masyarakat Cina umpamanya
sudah bersedia untuk mengajar BN dalam pilihan raya yang akan datang
ini.



• Isu keselamatan

– Indek jenayah Negara bagi tahun 2007 contohnya meningkat
sehingga mencecah 8% dan di Malaysia pada tahun 2007 sahaja berlaku
3,177 kes rogol yang dilaporkan, iaitu peningkatan 30% berbanding
tahun sebelumnya dan jumlah ini bersamaan 9 kes rogol setiap hari.

• kes rasuah, salah guna kuasa dan kes moral khususnya
dikalangan pemimpin BN sendiri semakin menjadi-jadi.

• betapa perlu sangat rakyat melakukan suatu perubahan besar
demi menjamin nasib dan masa depan mereka yang lebih sempurna.



• kemiskinan dan peminggiran kaum-kaum tertentu

– Masyrakat India - HINDRAF

– Masyarakat Melayu yang tidak menyokong Umno dan BN

• Dasar Ekonomi Baru (DEB)

– satu dasar yang mempunyai maksud membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat

– PAS tidak bersetuju dengan dasar ini kerana hanya membela
sekelompok kecil masyarakat kroni Umno dan BN

• Sesungguhnya dalam isu kemiskinan ini PAS akan membela dan
mempertahankan bukan sekadar Bumiputera yang miskin dan tertindas
malah yang bukan Bumiputera yang miskin dan tertindas juga akan
dibela



Menuntut Pilihanraya yang BERSIH



• BERSIH

– badan yang menggabungkan 6 parti pembangkang dan 65 NGO
dalam mendesak pihak SPR dan kerajaan agar memastikan yang proses
pilihan raya dalam Negara kita khasnya dalam PRU ke 12 ini berjalan
dengan bersih, adil dan telus tanpa campurtangan atau manipulasi mana-
mana pihak

– Perhimpunan Aman Rakyat telah dijayakan pada 10 November
lalu yang telah menyaksikan "Gelombang Kuning Kebangkitan Rakyat"
apabila lebih 50,000 keluar menyerahkan memorandum kepada SPB Yang
Dipertuan Agong

• PAS akan terus menyertai PRU ke 12 ini berbekalkan
pengalaman dan pengajaran dari pilihan raya yang lepas-lepas

• semangat Gelombang Kuning



Sasaran PAS dalam PRU-12



• Di peringkat Federal (Pusat)

– menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen

• Diperingkat Negeri

– mempertahankan Kerajaan "Membangun Bersama Islam" di Kelantan

– merampas kembali Terengganu

– menguasai Kedah

– ataupun sekurang-kurangnya menafikan 2/3 majoriti BN di
negeri berkenaan.

• Di negeri-negeri lain

– mengulangi prestasinya dalam PRU ke 10 tahun 1999 lalu



Kerjasama PAS dalam BA



• Sejak dari Pilihanraya Umum Pertama 1959, PAS telah
mengadakan pakatan dengan parti pembangkang lain dalam menghadapi
Umno (ketika itu dalam gabungan PERIKATAN).

• Hakikatnya kehadiran masyarakat majmuk di Malaysia tidak
memungkinkan PAS untuk menyertai pilihan raya secara bersendirian.

• Tahaluf Siasi

– perjanjian persefahaman dengan parti-parti lain ini pada
dasarnya diizinkan oleh syariat

• pakatan BA ini akan kita teruskan bagi menghadapi PRU ke 12

• BA akan memastikan yang BN akan ditentang satu lawan satu
disemua kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan.

• Sekiranya calon yang diputuskan bertanding disatu-satu
kawasan itu adalah calon selain PAS, maka jentera PAS wajar bekerja
seolah-olah yang bertanding itu adalah calon kita sendiri



TAWARAN PAS KEPADA RAKYAT



• terkandung di dalam Manifesto parti yang dijangka akan
dilancarkan tidak berapa lama lagi

• Adalah penting bagi seluruh jentera parti untuk memahami
kandungan manifesto ini kerana ianya akan dijadikan bahan hujah
kepada rakyat sepanjang tempoh kempen pilihan raya nanti

• Manifesto kita nanti akan menjanjikan sebuah "Negara
Berkebajikan"

• memastikan pelbagai sumber asli dan hasil Negara diuruskan
dengan cekap dan telus dengan keutamaan memelihara nasib dan
kebajikan rakyat.

• Antara yang menjadi keutamaan kita adalah:

– Pendidikan percuma dari peringkat rendah sehinggalah ke IPTA

– Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti secara percuma kepada
rakyat

• Selain itu kita juga akan berusaha mewujudkan sebuah
kerajaan yang:

– Mendukungi Keluhuran Undang-undang (Rule of Law)

– Memperkasakan konsep pemisahan kuasa (separation of powers)
antara ketiga-tiga badan eksekutif, legislatif dan kehakiman

– Mendukung dasar keadilan dan integriti sebagai teras amalan

– Membenteras segala bentuk projek pembaziran mega-mewah

– Mengembalikan daya saing Negara sebagai tumpuan pelaburan
asing dan domestik





GERAKERJA PRU-12



• Menghimpunkan generasi muda dan golongan wanita yang
mendukung dan menganggotai PAS.

• Peranan dan tanggungjawab akhawat semua adalah penting
dalam merealisasikan DAULAH ISLAMIYAH

• Perjuangan PAS ini adalah dalam bentuk Qiyadah Jama'iah
ataupun "Kepimpinan Secara Berjemaah"

• seluruh kekuatan parti hendaklah akur dan melaksanakan
segala keputusan dan arahan parti, Ianya diputuskan secara berjemaah
dan perlu pula dipikul dan dilaksana oleh jemaah tanpa pilihan.

• Generasi muda dan golongan wanita adalah teras kekuatan
masyarakat, dan dari pengalaman kita yang lepas-lepas, parti yang
mampu menguasai dan memenangi hati generasi muda & wanita inilah
lazimnya yang akan menang pilihan raya

• PAS tidak boleh dilihat meminggirkan kepentingan generasi
muda & wanita

• Maka seluruh tenaga muda dan golongan wanita dalam PAS
perlulah mengembeling tenaga bersama untuk memenangi jutaan hati
kelompok ini yang terdiri dari para pengundi di luar sana .



PESANAN TIMBALAN PRESIDEN PAS



• Pilihan raya bukanlah gelanggang untuk kita menunjukkan
siapa yang lebih bengis dan siapa yang lebih perkasa.

• Pilihanraya adalah gelanggang untuk merayu dan menarik
seberapa ramai sokongan dari rakyat jelata di luar sana termasuklah
dari kalangan mereka yang simpati dan menganggotai Umno dan BN.

• Termasuklah juga masyarakat bukan Islam yang kita akui
semakin condong kepada kita.

• Kemampuan kita untuk berhujah dan meyakinkan masyarakat
itulah yang insyaAllah bakal memenangkan kita



WANITA MUDA PAS DAN WANITA UMNO



• Wanita muda kita khasnya Nisa' perlu merintis gerakerja
pintar bagi memintas jalan ini dan mematahkan keberkesanan mereka

– jangan lagi sekadar menikus melihat keaktifan mereka

– sebaliknya kita yang mendukung perjuangan suci ini perlu
berganda kali lagi lebih aktif dari mereka.

• Wanita Umno adalah teras kekuatan Umno. Jika mereka
bertugas semata-mata kerana imbuhan kewangan dan kemewahan, Muslimat
PAS perlu insaf bahawa kita menunggu imbuhan yang lebih besar dari
itu.

• kita perlu bekerja lebih bijak dan lebih berkesan dari
Wanita Umno. Mad'u atau sasaran (target group) kita adalah masyarakat
kebanyakkan

• Usaha-usaha untuk memujuk dengan cara menjelaskan kepada
mereka akan perjuangan dan manifesto kita sangat kritikal.

• Kita jangan sekali-kali menghina atau memalukan mana-mana
tokoh atau kumpulan yang mungkin masih disayangi dan dihormati oleh
mad'u kita.



Menerang bukan Menyerang



• Kita tidak menyerang tetapi menerang dengan harapan mereka
terpengaruh dengan dakwah kita dan akhirnya bersedia mengundi PAS
atau BA.

• Tunjuklah adab dan hormat kita kepada semua.

• Masa berkempen kita semua adalah "duta" atau wakil PAS.

• Sebarang kekurangan atau kelemahan yang kita pamirkan kelak
akan dinisbahkan kepada PAS dan akhirnya yang akan mengendong rugi
adalah parti dan jamaah.

• Befikirlah masak-masak dan berhati-hati, tetapi yakin dan
pasti semasa bekerja dalam tempoh pilihan raya nanti.



Faktor Kekuatan PAS



• berpegang kepada Islam

• Gerak kerja dan doa mereka yang terdahulu dari kita, tali-
menali sehingga ke hari ini terus–menerus memberikan kekuatan kepada
parti dan jamaah



• " Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan
sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang
tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul Nya
serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta
benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui………………" (as Saff: 10-12)

• Kerana itu kita seharusnya sentiasa berbangga dan
bersemangat dalam menjana dan melakasanakan gerakerja parti khususnya
yang berkaitan pilihan raya ini.

• Kelantan sebagai model

• melahirkan corak kepimpinan Islam yang sehingga ini terus
diperkatakan oleh kawan dan lawan

• Inilah model yang mahu kita bawa dan laksanakan disemua
peringkat di negeri-negeri sehinggalah ke peringkat Federal jika
dengan izin Allah swt rakyat memberikan mandat kepada kita.



Penutup



• Yakin dan percayalah Allah swt akan mengurniakan kita
kemenangan kiranya kita mampu menepati syarat yang ditetapkan oleh Nya

– Kesatuan dan kesepaduan

– perselisihan yang remeh-temeh dan tidak menguntungkan jemaah
dan perjuangan besar ini perlulah diselesai dan diketepikan







*Tulisan di atas dikeluarkan daripada pembentangan slide show beliau
dalan ijtima' wanita PAS baru2 ini.